Sunday, 31 August 2014

peace

having some bitter coffee for my bright sunday morning..

wishing to all Malaysian 

be grateful for what you have
Malaysia may not be a perfect country but a perfect place to live in
*PEACE NO WAR*

Saturday, 30 August 2014

sentap ahh

hari ni ada event kat putrajaya..

and macam biasa tugas aku ialah babysit dua orang anak saudara ku..
tugas yang aku suka sebab aku rasa bahagia dengan mereka
walaupun karenah tak diduga , tangisan mereka pun membuat aku ketawa

tapi satu je yang tak kena..

masa tengah ambil wudhu di masjid al-mizan,
sekumpulan rombongan murid sekolah rendah turut berada di situ,
dan aku mendengar mereka berkata,

"ko rasa tu mak dia ke kakak dia?" kata seorang budak perempuan kepada kawan di sebelahnya sambil menunjuk ke arah aku yang sedang mengendong anak saudaraku.

"ish kau ni, dah tentulah mak dia." ujar kawan sebelahnya tanpa berfikir panjang.

aku masa tu dah rasa nak terlepas je pegangan anak saudaraku. nasib baik aku fikir diorang ni budak lagi, mungkin sel-sel otak belum berhubung. badan aku yang punya lah stok anak dara kau kata aku ni mak orang? sekian dari aku yang sentap tadi.

*oh yaa..iklan jap*
nak cari produk kesihatan seisi keluarga yang diyakini berkesan tanpa ragu dan tanpa komplikasi?
sudah ramai mencuba tetapi anda belum lagi?
klik LINK untuk jawapan anda

Friday, 29 August 2014

sambil makan megi

*sementara menunggu megi ku siap*

masa cuti semester hari tu, yakni bulan ramadan. aku mengalami kebankrapan yang teruk di mana aku hilang kuasa dan pengaruh untuk berbelanja di pasaraya besar mahupun kedai runcit..baki akaun ku dah sampai tahap limit. memang dah tak boleh nak buat apa dah. kalau jalan pun dah tak pandang kedai-kedai dengan sale-sale yang mampu membuatkan ku rasa woww. aku hanya pandang ke depan dan katakan 'move-on'.

disebabkan bila duduk rumah, rasa macam duk menghabiskan beras mak bapak je. jadi aku bernekad untuk mencari kerja. Mula-mula...

*jap cek dulu megi dah kembang belum*

mula-mula mak aku suruh kerja kat kedai jamu *jual barang-barang kecantikan*. agaknya mak aku tengok muka aku ada bakat jual produk sampai terlajak laris agaknya. tapi tak kesampaian sebab tokey tu kata dia nak pekerja selepas raya. ok aku faham. lagipun aku nak kerja part-time sebulan je. memang susah orang nak terima yedoookk?

pastu aku pusing-pusing area taman aku dan ada iklan aku jumpa kat kedai mainan kanak-kanak..

'PEMBANTU TASKA DIPERLUKAN SEGERA.'

aku tanpa segan silu dan berfikir panjang terus contact pemilik taska tersebut. selepas jumpa dan bincang-bincang, aku pun diterima bekerja disitu dan tidak lupa dinasihatkan agar memakai pakaian yang lebih ringkas iaitu baju t-shirt muslimah, berseluar panjang dan bertudung. mula-mula aku tak tahu motif kenapa, sebab aku lebih selesa pakai kain ala-ala hijabnosta kononnya.

tak tipu. penat sebenarnya kerja kat taska ni. ingat kan senang je petik jari. rutin harian aku ialah, pukul 7 masuk kerja, masak nasi, buat susu, sediakan sarapan, sediakan kismis, sediakan baju kanak-kanak... dah setel semua tu, baru mandikan semua kanak-kanak yang berjumlah 12 orang, dari umur setahun sampai 3 tahun. ada jugak baby kembar dua orang tapi bos tak bagi aku mandikan, lagipun aku pun tak yakin nak mandikan bayi. aku yang tak pernah ada adik lelaki mahupun anak saudara lelaki, terpaksa la jugak mandikan kanak-kanak lelaki. walaupun dah cuba elak, tapi kena jugak buat.. lepas mandi, pakaikan pampers, pakai kan baju.. bagi makan kismis..then sarapan..

*makan megi dulu*

then budak-budak akan separate, yang besar sikit akan belajar kat depan, yang umur setahun akan belajar dalam bilik. aku incharge budak umur setahun. ada 3 orang..comel-comel je. i like. time ni senang je jaga diorang. bagi mainan, kalau dah bosan pasang cd belajar, menyanyi dan menari sekali dengan diorang. ajar alif ba ta, one two three dengan a b c. pastu bagi makan tengahari, pergi toilet, tukar pampers then bagi susu suruh tido. walaupun susah gile nak tidokan diorang yang lasak-lasak ni, sampai last-last aku yang tertido sekali. tapi memang heaven la dapat tido. yang hell nya bila diorang terjaga awal dan menangis. jenuh nak pujuk. rupa-rupanya ada 'hadiah' dalam pampers. patutlah tak selesa..

time petang, bagi diorang main dalam rumah dulu..tengok tv ke apa. then mandi, bagi makan roti, baru boleh main kat luar sambil tunggu mak bapak diorang ambil. nampak macam mudah je kan. tapi sebenarnya letih sebab boleh rehat masa diorang tido je, kalau budak-budak tak tido maknanya kau tak da rehat. fahammm?

walaupun sebulan je aku keje kat situ, tapi ikatan kimia (baca: chemistry bonding) antara aku dengan budak-budak tu dah kuat. berat rasanya nak tinggalkan diorang masa hari-hari last nak raya tu. mak bapak diorang pun baik jugak, siap bagi aku kuih raya dengan buah-buahan sekali. tanda terima kasih sebab jaga anak diorang. sama-sama. hihihi

duit gaji aku yang aku dapat pun tak tahan lama..kejap je abis. sebab aku guna duit tu nak repair kereta muahahaha. dah servis senang la nak balik KL balik. cuma satu je belum repair lagi. ekzos kete yang berkarat tuh..ada siapa-siapa nak sponsor tak?

duit raya yang aku dapat pun tak tahan lama (almaklumlah makin dah meningkat usia, makin sikit duit raya).
habis belanja mak aku beli barang dapur, dengan anak saudara aku menangis-nangis nak beli cekelat. haihhh pemurah betul aku ni.

dan masa aku nak balik uni hari tu. terpaksa la tebalkan muka mintak sikit duit belanja dari bapak. bapak, doa-doakan lah anak mu ini tak boros ya?

*dah kenyang masa untuk tido*

dialisis

ahh pagi yang suram
ditemani roti togel dan air mati
dan tidak lama ada yang telefon
dengan yakin terus bertanya

"hello, ni pusat rawatan dialisis batu gajah ke?"

duhh duhh memang no telefon ku hampir sama dengan pusat rawatan dialisis kah?
seingat ku, memang tidak pernah aku berkunjung ke situ
apatah lagi bekerja part-time sebagai kerani mahupun jaga

mungkin ini taktik baru untuk bagi kesedaran kepada rakyat supaya menjaga kesihatan dan elakkan diri anda dari dihantar ke mana-mana cawangan pusat dialisis. #sarcasm

Thursday, 28 August 2014

pergilah rindu

"hujan renyai-renyai menyanyi..
berdansa kaki melangkah menuju arah..
walaupun tidak pasti..
kuturutkan saja rentak hati..

sesak pagi membuatku lelah..
sinar cahayanya membunuh gundah..
ya, aku optimis..
moga hari-hariku lebih indah.

entah mengapa foto lama menemani tidurku kelmarin..
menarik rindu mengisi kalbu sampai rebah..
sehingga kini masih dirasai..
entah bila rindu kan pergi.."

(28.8.14 9:38am)

Wednesday, 27 August 2014

EPISOD 5 AKU TETAP MENANTIMU

usai pulang dari kerja, Tiya memberhentikan keretanya berhampiran pokok mangga tempat dia dan Fahmi selalu berehat suatu ketika dahulu..ketika Tiya masih lagi bercuti dan banyak masa lapang..kini tidak lagi.. dari jauh kelihatan Fahmi duduk bersendirian di dahan pokok sambil membaca buku.

'ahh Fahmi sudah mulai bersekolah..rajin nya dia membaca.' terdetik di hati Tiya. senyum.

walaupun Tiya rindukan Fahmi tetapi seolah-olah ada sesuatu yang mula menjauhkan dirinya dari Fahmi.

'aku tak pasti ini kebetulan atau apa..tetapi fahmi mengingatkan aku tentang seseorang...'

seseorang yang aku tak tahu apa salahnya, sehingga penduduk kampung menganggapnya jahat..
selama aku kenali dia, cuma aku sahabatnya. cuma aku teman ketawanya.. malah dia tidak pernah menangis dihadapanku..dia teman ku yang baik.. yang menyenangkan..

triitt..triiitt...ada mesej masuk

<dah habis kerja?> -Pak Ngah
<dah. on the way balik rumah.>
<hati-hati memandu. dah nak maghrib ni.> -pak ngah

tukk tukk tukk..tingkap di bahagian pemandu diketuk. wajah Fahmi menyeringai senyum memandangku.
pintu ku buka.

"seronoknya. kak tiya datang hari ni. fahmi rindu kat kak tiya. bosan la sorang-sorang." fahmi masih lagi memegang buku di tangan.
"akak pun rindu fahmi. tapi akak sibuk sekarang dengan kerja. maaf ye tak dapat teman fahmi kat pokok dah." aku berbasa-basi.
"tak pe..fahmi faham." fahmi memandang ke tanah..
"sekolah macam mana? ok?"
"ok je.." pandangan nya masih ke bawah. tiya memandang jam tangannya. jam 7 petang.
"ermm kakak dah lambat. nanti Tok ngah risau. akak balik dulu ya?. nanti kita sembang lagi." aku mengusap rambut fahmi dan fahmi menghulurkan tangan bersalam denganku.

'aku sebenarnya masih belum puas bersembang dengan Fahmi. masih banyak persoalan bermain di mindaku.'

****

Ahad. Pagi itu aku tidak membantu pak Ngah berniaga di pasar tani seperti kebiasaan. aku meminta izin pak ngah untuk ke rumah Fahmi. Rumah Fahmi kecil sahaja, kata Pak Ngah tok ketua beri keizinan kepada ibu fahmi untuk tinggal di situ dengan ihsan orang kampung. asal mereka bukan orang sini, dari kampung lain membawa diri berhijrah ke sini.

"adik ni siapa? cari siapa?" wanita yang sedang menyapu halaman menyapaku.
"saya Atiyah, anak saudara Pak Ngah Hakimi. Fahmi mana kak? tak nampak dia main kat pokok depan tu." Tiya menunjukkan dusun pak ngah nya di seberang jalan.
"ohh kamu la yang akak nampak sembang dengan dia hari tu? fahmi ada cerita. dia pergi sekolah hari ni.ada latihan sukan."
"oh  ya? fahmi main sukan apa kak?"
"olahraga katanya. eh masuklah akak buatkan air sikit."
"kak, tak payahlah susah-susah. saya datang ni pun nak tanya sikit-sikit je pasal fahmi."

****
bicara ibu fahmi masih terngiang-ngiang di telinga..
"ayah fahmi dah lama meninggal dunia. masa dia kecik lagi. .."
"kalau boleh saya tahu, kenapa suami akak meninggal dunia?"
"............."
"kak, saya minta maaf kalau tanya soalan yang sensitif.."
".......dia meninggal sebab kemalangan jalan raya. emm akak ada kerja sikit. apa kata kamu balik dulu. petang sikit nanti fahmi balik lah."
Tiya cuma menurut. kehadirannya seolah-olah tidak disenangi oleh ibu fahmi. sedang Tiya menyarung seliparku, namanya dipanggil.
"Tiya, kamu tak ingat kah akak ni siapa?"
Tiya memandang wajah ibu fahmi dengan persoalan. kenal? siapa ibu fahmi sebenarnya?
"akak lah Hawa. isteri arwah Fatih."

Tiya hampir terjelepuk ke tanah namun cepat-cepat dia cuba seimbangkan diri. tak ada kata-kata yang bisa terkeluar dari mulut mereka berdua. Tiya memalingkan diri dan masuk ke perut kereta. ibu fahmi, kak hawa masih lagi di muka pintu melihatnya pergi.

Tuesday, 26 August 2014

pemilik hati

puas sudah menerkah
memaki mengores luka
kau terus hilang tanpa arah
ada apa dengan hatimu?
mahu dirawat dengan cintaku?

hari kian sepi tanpa mu disini
rindu pada bait kata dan usik manja
kau sudah nekad pergi
dan aku disini terus menanti
andai kau lah pemilik hati
andai suatu hari nanti
kau berpaling menggaris senyuman
yang memikat hati

aku biarkan kau pergi
tanpa kata tanpa bicara
aku biarkan kau mengejar cita
walau kau dan aku gundah gulana
dikala yang lain berpesta bercanda
kita masih mencari hakikat
hati ini milik siapa?

-me (26/8/14 10:12pm)

kita satu

"jauh aku meneka..
menembak rasa desir hatimu..
merenung hias wajahmu tenang sepertiku..
kita sama punya impian namun cita berbeda..
ceritakan semuanya dan kita sama-sama bahagia..
biar apa orang kata kita tetap berdua..

biar senyap sepi sunyi dini hari..
kita sama mengharungi pekat malam..
meredah hujan panas..
tangis kau runtun jiwaku..
kerna kita adalah satu..
sahabatku.." -me (26/8/14 9:54pm)


credit: youtube


p/s: mood selepas tonton Ada Apa Dengan Cinta untuk berpuluh2 kalinya..

air tangan ibu

pujuk lah hati setabah manapun..
telanlah walau sepahit hempedu..
tangislah rajuk dalam hati..
tak kan bisa menghilangkan ratap seleramu..
kerna aku rindu air tangan mu ibu..
hidup jauh dari mu menyeksa batin ku..
hirup udara di sini tak setanding bau mu..

dan kerana aku belajar hidup jauh dari mu..
moga aku jadi sekuat setabah mu..

tangis rajuk ku tak bisa menyembuhkan duka ku..
masih aku disini, tanpa selera pada apa pun..
terkadang aku lapar, aku tagih juadah mu..
namun aku hanya bisa mengungkapkan rindu..

Monday, 25 August 2014

Aku Sang Pencari Ketenangan

"aku anak..
tika bertentang mata aku jarang menghargai..
tika berjauhan, pandangan itu yang sering ku termimpi-mimpi..
sentuhan apatah lagi..
cuma kata-kata pesanan menemani sepi..

aku hamba..
tika kesedihan Dia ada..
tika kegembiraan, aku cuba tidak lupa..
semuanya datang dari Dia..

dan aku pencari bahagia..
berpuluh tahun aku hidup..
bahagia ku ternyata ada pada Dia..
yang menganugerahkan keluarga yang sederhana..
walau tak sempurna tapi lengkap mengisi lompong jiwa.." -Nisa' 25Aug2014


Sakinah menutup buku notanya,
pandangannya ke hadapan, ke arah seorang jejaka sehingga kini yang tidak tahu siapa namanya,
ahli baru tarbiah di bumi anbia',
dari mula perkenalan, dia seakan kosong, namun dia bersungguh,
jejaka itu memandangnya kembali.....masa seakan terhenti..
entah mengapa kali ini Sakinah yang malu, mengarah pandangannya ke notanya kembali..
"Ya Allah, jauhkan lah aku dari rasa yang tidak pasti."

10 minit sebelum itu..

Sheikh Abduh mengumpulkan para pelajarnya yang bisa dibilang dengan jari..
dan nama Sakinah dipanggil..
seraya jejaka si ahli baru di sebelah memandangnya aneh dan bertanya,
"bukan nama kau Nisa'? siapa kau sebenarnya" nama ketika pertemuan awal tadi masih terpahat di minda..
Sakinah tersenyum..tuan gurunya memang lebih gemar memanggilnya dengan nama Sakinah kerana iras nama anak nya, Sakeena.
"anta kata tadi anta pencari ketenangan.. ana lah ketenangan yang anta cari tadi."
Sakinah masih tersenyum dan menyambung bicara "maaf, ana bergurau sahaja tadi. nama ana Nisa' Sakinah." ujarnya sambil masuk ke dalam bilik kuliah. desir istighfar mengisi hati tanda menyesal kerana cuba mengikat hati jejaka tadi dengan gurauan dengan tidak sengaja. ahh aku sudah mengikuti tarbiah, aku seharusnya cuba berubah. jadi wanita yang lebih berduri, mencucuk fitnah-fitnah yang cuba menghampiri. jangan kau mudah terpedaya dengan cinta, Nisa'!

10 minit sebelum itu..

"anta pelajar baru di sini?"gadis sopan itu bertanya dengan senyuman.
"ya, awak siapa?" jejaka itu masih tidak betah dan mesra. kali pertama dia menjejakkan kaki ke sini.
"ana Nisa'. wakil pelajar di sini. nama anta?" gadis itu masih tersenyum. entah mengapa walaupun senyumannya biasa sahaja, tetapi membisa dihati jejaka. terus pandangannya beralih arah mohon dijauhkan dari rasa yang  tidak pasti.
"aku cuma seorang pencari ketenangan.." ujar si jejaka terus melangkah tanpa menunggu sebarang bicara. niatnya cuma mahu lari dari senyuman gadis yang bisa menggugah imannya dalam misi mencari ketenangan.

'aku ikhlas mahu mencari ilmu dan ditarbiah..aku ingin berubah dari masa gelapku. aku dahagakan ilmu akhirat dan aku dahagakan ketenangan abadi. aku bukan datang ke sini untuk terpedaya lagi dengan cinta manusia terutamanya wanita.' kukuh sang jejaka mengikat katanya di dalam hati.

glosari arab-melayu:
sakinah-ketenangan
nisa'-wanita
anta-awak (lelaki)
ana-saya
tarbiah-didikan