bosan tak terkata..
semester ni aku praktikal. start isnin ni. berdebar jugak lah. lepas taklimat hari tu baru tahu banyak kerja yang kena buat nanti. report, laporan kendiri, macam2 borang kena isi. huhu
so dalam dua tiga hari ni, aku duduk melepap dalam bilik sewa tak tau nak buat apa. nak kuar shopping duit ptptn belum masuk lagi. so aku tengok movie sampai muntah. nasib baik wifi laju.
pagi-pagi aku duk perhati je diorang pergi kelas. bukan nak menjeleskan diorang, tapi aku sedang mengenangkan nasib aku time praktikal nanti. budak u masuk kuliah paling awal pun pukul 8 pagi. aku? pukul 6.30 pagi kena keluar bilik. meredah jem. mati aku kalau lewat. kad merah.
aku sendiri tak tahu nak prepare apa untuk praktikal aku nanti. sebab lapor diri hari isnin ni, time tu baru aku tahu aku kena buat apa kan?
bosan sampai pengsan..
bilik ni pun satu. tiap-tiap hari kena kemas. padahal aku duduk sorang. tapi mesti bersepah tak tahu kenapa.
aku ni dah gila dah kot, membebel sorang-sorang. people said orang yang bosan sampai tak tahu nak buat apa can lead to mental illness. hahaha people said lah, bukan orang kata.
mampus..
ok bai..