Monday, 29 April 2013

Jam Lima Pagi...

This morning, i woke up with a sense of confusion. jam menunjukkan pukul 5 pagi.
aku masih duduk di katil, berfikir mengenai sesuatu yang aneh..

semalam, sebelum aku tidur aku masih ingat lagi, aku mengemaskan katil dan menulis my own version of bedtime story. kemudian aku menyelimuti tubuhku, doa sebelum tidur ku baca dan bantal ku ditepuk 5 kali sambil ku niatkan dalam hati,  'Ya Allah, jika aku sempat bersahur esok pagi, Kau permudahkanlah urusan ku untuk berpuasa sunat isnin esok.'.  

 aku mengambil Xperia ku dan meng-set-kan jam loceng pukul lima pagi. kemudian encik Teddy kuletak dalam pelukanku.

aku tidak bermimpi apa-apa malam itu. Tidur ku lena sehingga pagi. sehinggalah apabila aku terjaga.

Aku membuka mataku perlahan-lahan. Berat. Tetapi kugagahkan jua untuk melihat jarum panjang dan pendek di jam dinding. aneh, aku tidak nampak jam dinding! rasanya semalam aku tidur menghadap ke arah jam tersebut. Aku bingkas bangun. Selimut ku alih dari badan. Ada sesuatu yang aneh telah berlaku.

Aku tidur dalam keadaan bertentangan dari semalam! yang anehnya, encik Teddy menjadi bantalku, dan bantal yang aku guna sebelum tidur semalam masih kekal ditempat asalnya. Selimut pula masih kemas menutup tubuhku saat aku terjaga. Dan aku terjaga dalam posisi tubuh sama seperti semalam!

Aku ganas sangat ke tidur semalam sampai boleh berpusing 180 darjah? tetapi katil aku masih lagi kemas, bantal masih di tempat asal, selimut masih rapi di tubuh, dan cik Teddy pula tidak jatuh ke lantai seperti kebiasaannya malah menjadi bantal kepala ku pula malam itu. 

Atau aku mengigau? tetapi aku tidak bermimpi apa-apa pun semalam. Aku masih lagi bingung di hujung katil. Setahu aku, kali terakhir aku 'tidur berubah tempat tanpa sedar' ialah ketika ayah mengangkat aku yang sedang tidur dari ruang tamu ke bilik. Tetapi kali ini lain. ayah tiada di sini, dan aku pula bukan anak kecil!

Aku mengarahkan neuron ku supaya berhenti dari memikirkan hal ini. Jam sudah menunjukkan 5.15 pagi. Aku lantas mengambil tuala dan menuju ke bilik air. Jauh di sudut hati aku menyembunyikan perasaan takut kerana aku tiada orang di bilik air ketika ini. Sunyi sepi.

Masih ada masa sebelum masuk waktu subuh. Aku bersahur dengan roti bersalut nutella dan air zamzam. Aku juga mencuri masa untuk melakukan solat tahajud dan solat hajat. Tidak lupa juga ku baca mathurat sebagai pelengkap pagi.

"Sesungguhnya hidupku dan matiku hanya kerana Allah yang satu."
Terima kasih, Allah.

No comments: