Tuesday, 30 April 2013

memory-lost situation

uhh i have some mental break moment!

Pagi-pagi ni layan tweet kejap (almost being my daily routine). Ini semua gara-gara kefeymesan Faizal Tahir  semalam di twitter. Anyway, a big respect and big clap from me to you.

Then, i was 'scrolling-scrolling-scrolling' garisan masa (baca: timeline) sampai juling until i found my ex-classmate during high school year punya tweethandle. I looked at her picture and was fought with my 'neuron' and 'sinaps', forcing me to recall back who her was.

She was my high school classmate, but who is her desk-mate? ohmaiii, what had happened to me?
am i having a memory-lost situation? 

I slowly lean back and cool down. Ok this time i really need some break and i will recall everything from time to time. 

Betul lah kata mereka, wanita lebih banyak menggunakan otak mereka untuk mengingat berbanding lelaki.

wanita boleh mengingat pakaian yang dipakainya sebulan yang lepas secara terperinci, tetapi lelaki baju 3 hari lepas belum tentu mereka masih ingat secara terperinci.

dan wanita merasakan saat-saat yang mereka lalui adalah penting dan perlu diingat, tetapi lelaki merasakan 'yang sudah berlalu jangan dikenang'.

kalau nak lagi faham, tengok video Harith Iskandar dalam Lawak ke Der 2. link cari sendiri ye. :)

Monday, 29 April 2013

Jam Lima Pagi...

This morning, i woke up with a sense of confusion. jam menunjukkan pukul 5 pagi.
aku masih duduk di katil, berfikir mengenai sesuatu yang aneh..

semalam, sebelum aku tidur aku masih ingat lagi, aku mengemaskan katil dan menulis my own version of bedtime story. kemudian aku menyelimuti tubuhku, doa sebelum tidur ku baca dan bantal ku ditepuk 5 kali sambil ku niatkan dalam hati,  'Ya Allah, jika aku sempat bersahur esok pagi, Kau permudahkanlah urusan ku untuk berpuasa sunat isnin esok.'.  

 aku mengambil Xperia ku dan meng-set-kan jam loceng pukul lima pagi. kemudian encik Teddy kuletak dalam pelukanku.

aku tidak bermimpi apa-apa malam itu. Tidur ku lena sehingga pagi. sehinggalah apabila aku terjaga.

Aku membuka mataku perlahan-lahan. Berat. Tetapi kugagahkan jua untuk melihat jarum panjang dan pendek di jam dinding. aneh, aku tidak nampak jam dinding! rasanya semalam aku tidur menghadap ke arah jam tersebut. Aku bingkas bangun. Selimut ku alih dari badan. Ada sesuatu yang aneh telah berlaku.

Aku tidur dalam keadaan bertentangan dari semalam! yang anehnya, encik Teddy menjadi bantalku, dan bantal yang aku guna sebelum tidur semalam masih kekal ditempat asalnya. Selimut pula masih kemas menutup tubuhku saat aku terjaga. Dan aku terjaga dalam posisi tubuh sama seperti semalam!

Aku ganas sangat ke tidur semalam sampai boleh berpusing 180 darjah? tetapi katil aku masih lagi kemas, bantal masih di tempat asal, selimut masih rapi di tubuh, dan cik Teddy pula tidak jatuh ke lantai seperti kebiasaannya malah menjadi bantal kepala ku pula malam itu. 

Atau aku mengigau? tetapi aku tidak bermimpi apa-apa pun semalam. Aku masih lagi bingung di hujung katil. Setahu aku, kali terakhir aku 'tidur berubah tempat tanpa sedar' ialah ketika ayah mengangkat aku yang sedang tidur dari ruang tamu ke bilik. Tetapi kali ini lain. ayah tiada di sini, dan aku pula bukan anak kecil!

Aku mengarahkan neuron ku supaya berhenti dari memikirkan hal ini. Jam sudah menunjukkan 5.15 pagi. Aku lantas mengambil tuala dan menuju ke bilik air. Jauh di sudut hati aku menyembunyikan perasaan takut kerana aku tiada orang di bilik air ketika ini. Sunyi sepi.

Masih ada masa sebelum masuk waktu subuh. Aku bersahur dengan roti bersalut nutella dan air zamzam. Aku juga mencuri masa untuk melakukan solat tahajud dan solat hajat. Tidak lupa juga ku baca mathurat sebagai pelengkap pagi.

"Sesungguhnya hidupku dan matiku hanya kerana Allah yang satu."
Terima kasih, Allah.

Sunday, 28 April 2013

review seorang 'penjalan blog'

baru habis berjalan blog (baca: blogwalking).

frankly speaking, walaupun dah banyak application baru keluar sekarang ni seperti wechat, keek dan sebagainya, tetapi blog masih menjadi pilihan rakyat malaysia tidak kira lelaki mahu pun perempuan. berdasarkan pemerhatian aku sebagai 'penjalan blog' (baca: blogwalker), 70 persen blog adalah bloggerwomen dan 30 persen adalah bloggermen.

~well, biasalah tu, abang dengan ayah aku pun tak rajin menulis. taip sms pun malas apatah lagi menaip blog.

another thing is, 50 persen dari 70 persen blog wanita tadi, menggunakan theme k-pop. dari beast, big bang, girls generation, super junior..semuanya lah. memang dasar peminat tegar kpop uolls ni especially adik-adik yang masih sekolah tu. (^.^) tapi pape pun, adik-adik yang minat T.O.P bigbang tu, akak sokong. hahaha please keep an eye on him for me. sebab akak tak ada masa nak ber'k-pop' dah.

nah, nak bagi sakit hati kepada anti-kpoppers. hahaha copy dari blog ni

~hmm..rasa konon 'dewasa sangat' bila dah tak involve as a 'die-hard-fan' ni.

tetapi, 20 persen dari semua blog yang aku berjalan tadi, merupakan 'blog not found' :(

morning treatment


masa lepas habis program matrik dulu, sempat lah ber'guru' dengan jiran aku yang membuka pusat spa,

siap dapat sijil dari kolej komuniti, dan majlis hi-tea kat hotel.. know what? i was one of the best students at that time, kemain dapat hadiah. patutlah jiran aku tu dok paksa-paksa aku pergi hi-tea tu. ye lah, aku ni orang biasa je, segan lah nak pergi majlis hi-tea dengan datin-datin sume..

i was doing a facial treatment by myself this morning..pratikkan kembali apa yang aku dah belajar dulu. apa yang aku perasan ialah, setiap kali nak dekat final exam, muka aku akan start naik jerawat, berminyak, dan kasar. this is due to several reasons;

1. stress. yup, maybe sebab tekanan, muka aku jadi teruk. cuba korang stress, dan muka korang akan berkedut seribu tanpa sedar. penyelesaiannya? senyumlah seindah suria...

2. pemakanan yang tidak sihat. time nak exam, ni mana fikir dah pasal nak makan itu nak makan ini. apa yang ada, kita telan je. makanan segera paling mudah dan cepat siap. walaupun membahayakan kesihatan. girls, please drink more plain water dan buah-buahan.

3. tiada masa untuk membelai wajah. kadang-kadang pergi kelas aku tak sempat nak pakai apa-apa kat muka. waktu malam aku tak sempat nak cuci muka. balik dari kelas pun aku lupa bersihkan wajah aku. see? then, bila muka aku jadi berminyak dan pori tersumbat, barulah aku terasa nak pergi rawatan kat new york skin care. eh, guna produk kak ton pun boleehh..

so this morning, aku buat lah treatment muka sendiri. mengikut apa yang aku belajar dulu, banyak step, kena guna sabun susu, urutan scrub, masker, air mawar, pelembap, penyegar dan sebagainya. disebabkan kekangan masa dan kekurangan peralatan, so pagi ni aku cuma scrub, masker dan pelembap je.

scrub aku guna sabun dari mesir. ni kakak sepupu aku la dok promote dengan harga diskaun 'sedara mara' katanya. then, masker aku guna masker arang dari korea. hitam muka aku pepagi ni, kalau muka tak macam kpop lagi lepas ni tak tahu la (puiiih). lastly, nak pakai pelembap tapi aku rasa was-was nak pakai yang banyak chemical tu. yelah, aku kan belajaq kimia, aku tahu la kesan-kesan bahan kimia ni pada kulit manusia. then aku baru teringat air zamzam yang abang aku bagi lepas dia balik umrah. ohmy, this is the best miracle water in the world.

ok, say hello to my smooth and bright skin!!

tiga hashtag, satu cerita


# i am very lucky to have kakak-kakak dan abang-abang yang sangat baik dan sporting.

yang bersedia membantu dikala aku meminta bantuan,

yang sentiasa mengambil kira setiap pendapat ku,

yang sentiasa mendengar celoteh dan ngomelan mengada ku,

yang terpaksa mengikut sahaja kemahuan ku,

but still, i am a sister to my younger sisters.

yang kadangkala mereka nampak lebih tua dari ku,

kadangkala mereka nampak lagi sopan dari ku,

dan kadangkala mereka lebih rajin dari ku,

# orang luar akan bertanya, "erhmm..mana satu kakak, mana satu adik?"

maka aku akan cepat-cepat jawab dalam nada mengusik. "saya lah adik, pakcik!"

eh, pak cik tu percaya la pulak.

"pak cik, bukan lah. sebenarnya saya kakak. dia adik."

pak cik tu buat muka curious dan berkata, "ye ke? kenapa kakak lagi pendek dari adik?"

ahh, itu ke yang pak cik 'curious' kan?

# oleh sebab kami semua duduk berjauhan, sorang kahwin, sorang keje, sorang belajar, sorang duk asrama, sorang menganggur tunggu upu, dan sorang lagi tengah cari calon isteri, so kitorang sentiasa berhubungan melalui sms, call dan juga fesbuk untuk meng-update setiap perkara.

mula-mula aku sms tanya abang pasal kesihatan ayah aku. blablabla dari A to Z.

then a few hours later, kakak pula call. ingatkan dia nak tanya khabar aku. rupanya dia nak update kat aku pasal kesihatan ayah aku dari A to Z, sebijik pulak tu dengan apa yang abang aku dah bagitahu tadi. aku meng-iya-kan je semua yang dia cakap. tak sempat nak menyampuk pun. mulanya aku nak cakap je yang aku dah tahu semua, tapi dia tengah semangat tu nak cite, so aku dengar je la.

time dia tengah cerita tu, aku baru je habis melantak sebungkus nasi lemak yang agak pedas.

sambil aku dengar dia cakap, hingus kat hidung aku merembes keluar.

aku tak jumpa tisu, so aku sedut balik sikit-sikit hingus tu. dah macam teresak-esak pun ada.

lepas kakak aku tu cite, dia tanya, "kau menangis ke dengar aku cerita pasal ayah tadi?"

aku tersenyum. "mana ada, aku pedas la..baru lepas makan."

tapi sebenarnya, aku dah menangis masa abang aku cerita pasal ayah aku.

Saturday, 27 April 2013

sketsa sabtu #2

#1
aku berdoa supaya malaysia panas terik hari ini..

sebab selalunya hari-hari hujan..

sebab pagi ni nampak gelap, mendung..

sebab aku rindukan cahaya matahari menyinar..

tapi yang lebih penting,

baju-baju-baju aku kat bawah sangat-sangat memerlukan cahaya dan haba dari matahari.

so matahari, please keringkan baju-baju-baju aku kat bawah tu..

#2
hari ini aku terlebih rajin. bukan aku, kalau pagi-pagi weekend tak sambung tidur.

ye aku tahu tak baik tidur lepas subuh, rezeki berkurangan.

so pagi ni, aku buat event gotong royong mengemas bilik

pengarah program adalah aku dan macainya juga adalah aku.

sebab roommate aku yang lain ada kelas hari sabtu. *padan muka korang*

so dari segala habuk, segala rambut gugur dan segala tisu-tisu yang bersepah telah aku nyahkan,

siap sembur pewangi kasi wangi bilik aku ni macam kat spa.

sekarang aku masih tengah rajin lagi ni, rajin meng-online.

#3
selongkar my black-food-box. dah macam mencari harta karun.

misi, untuk mencari apa-apa yang boleh di-ngap untuk breakfast.

tetapi yang ada cuma nutella, teh, milo 3in1, lipton ice lemon tea 3in1, nescafe 3in1, megi goreng,

dan............sekotak susu dutch lady low fat.

finally, *nangis* ada jugak sesuatu untuk disarapankan hari ini.

perutku sayang, tolong jangan nak demand dengan mama hari ni ye.

cis, hatiku berkata-kata..

Bespren aku ajak dengar ceramah waktu malam.

aku cakap, maaf aku tak dapat ikut, aku akan ada raptai jamuan makan malam.

dalam hati aku kata, lebih baik ikut bespren aku tu dengar ceramah. dapat ilmu dapat pahala.

tapi sebab aku lebih pentingkan tanggungjawab, so aku pergi lah raptai jamuan tu.

aku ikhlas kan hati untuk raptai, walaupun hati teringin sangat nak pergi ceramah.

oh demm, dah sampai dewan, baru tahu rupanya raptai itu ditunda esok malam. sabar je lah.

jelesnya bespren aku dapat dengar ceramah dari ustaz hebat. ruginya aku tak ikut.

kan best kalau aku dapat ikut sekali. dapat ilmu sama-sama.

aku mesej bespren aku, "weh, kau pergi ceramah tu dengan siapa?"

teet teet teeeeeet *bunyi mesej masuk*

"mana ada aku pergi. aku kat shopping complex ni."

ciss, tak guna punya bespren. pergi shopping tak mengajak.

ceramah pun dia tak pergi. ciss lagi.

Friday, 26 April 2013

segi empat tepat dan bulatan


Malaysia tengah mengalami satu sindrom yang  luar biasa! demam pilihan raya! 

aku salah seorang yang tak sempat nak mendaftar sebagai seorang pengundi tahun ni, so aku tak berminat nak keluarkan statement-statement berbaur politik sebenarnya, tetapi kisah ini berkaitan dengan politik pulak.

ok, senang cakap aku seorang yang menghormati pendirian politik semua orang. kau nak sokong siapa-siapa pun itu hak kau. aku tak kan maki, mahupun caci. ini negara demokrasi dan aku seorang pengamal + demokrasi = pendemokrasi.

actually, time tu senior aku ni tengah lepak atas katil dan aku tengah membuat poster untuk bisnes perniagaan kumpulan aku menggunakan adobe photoshop.

sekarang korang bayangkan;

-aku lukis satu bulatan segi empat tepat. menggunakan background hitam bercorak 'seamless'.
-kemudian aku lukis satu bulatan kat tengah-tengah berwarna kelabu dan aku transparent kan sikit je untuk menonjolkan background belakang.
-seterusnya, aku crop gambar member aku letak kat tengah-tengah bulatan tu.
-ikut idea kreatif kat kepala aku ni, lepas edit kasi comel, aku nak crop bulatan tu, then paste kat poster.

korang dapat bayangkan tak??

tetapi, rupanya senior aku tu dah lama dah perhatikan apa yang aku buat dari belakang.

dan dia tiba-tiba cakap, "kau buat ape tu ha?......eh eh eh taksub nya kau kan?"

aku time tu sumpah tak mengerti apa-apa. "err, taksub apanya kak?"

dia tunjuk skrin laptop aku. "tu..sampai nak buat macam tu sekali."

otak aku semakin lama makin berfungsi. "eh, kak. dah salah faham ni. saya tak terfikir pun nak buat bendera parti. tak ada kena mengena pun. pasni saya nak crop bulatan ni."

"oh, ye ke. hahaha ingat kan ape tadi."

aku tak kisah lah dia nak malu tahap petala ketujuh ke ape, yang pastinya aku terkejut la jugak. lukis macam ni pun dah kira taksub ke? susah jugak kalau macam ni. mesti penyokong parti yang guna bentuk lain anti atau fobia dengan bentuk segi empat sama dan bentuk bulat ini. hihihi..

sampai sekarang, kalau aku nak edit poster, guna bentuk segi empat tepat dan bulatan, mesti aku akan teringat kisah ni. tetibe aku rasa aku boleh teka senior aku ni sokong parti mana. hehehe

p/s: hari tu dia pernah tanya aku sokong parti mana. aku jawab, "saya belum daftar pengundi lagi la kak."

be confident. be original.


#know what? sesetengah orang mudah terpengaruh dengan setiap komen atau kritikan yang diterimanya.

  guy - "weh, tolong aku jap... eh cop, kenapa muka kau nampak hitam..eh maksud aku, makin gelap."

  girl - "err..*spechless*..kau ni kan. aku tak nak la tolong! huh."

  guy - "hahahaha" *lari*

  girl - 'betul ke aku dah gelap ni?' *amik cermin dalam beg*

#and know what? ada jugak sesetengah orang yang langsung tak kisah dengan pandangan orang lain.

  girl 1 - "eh, kau serius nak pakai baju ni dengan tudung tu? i mean, tudung oren baju hijau?"

  girl 2 - "i'm serius la. kan sekarang tengah trend striking colour. kita kena lah berani mencuba style baru   macam ni." *flip hujung tudung*

  girl 1 - 'masalahnya aku yang tak berani jalan dengan kau. adoii'

#hmm..tapi ada juga yang terlalu 'over'

girl 1 - "eh, you. ada 'ketumbit' la kat mata tu! eww sakit tak?"

girl 2 - "mana? *amik cermin*. ohmai ohmai!! macam mana i nak pergi kelas ni!"

girl 1 - "tak pe kowt..you boleh pinjam spek mata hitam Blvgari i ni. i baru beli kat Pavi semalam tau, i keluar dengan blablabla...i tak kisah pun kalau u nak pinjam, sebab i ada banyak lagi kat bilik. nah"

girl 2 - "err..tak pelah. aku lebih sanggup tak pergi kelas. mintak mc."

siapa pun kawan-kawan di sekeliling kita, mereka adalah mereka.
kita? jadilah diri anda sendiri. be confident. be original. be yourself.

part of social responsibility.

malam ni redah 2 mesyuarat pelajar..

satu program kembara, satu program dinner..

#at mesyuarat program kembara, our chinese-sabahan lecturer gives some advice;

"saya harap bila awak ada meeting/program/aktiviti, please manage your time,
be punctual and respect people. jangan jadi pencuri.
pencuri masa orang lain. berdosa.
bayangkan setiap saat masa yang kita dah curi dari kawan2 kita,
banyak mana dosa kita mencuri masa mereka?
think."

#at mesyuarat program dinner...

Pengarah says;

"perancangan awal itu penting, saya tak mahu awak semua bagitahu nak itu ini pada hari dinner, itu bukan sahaja akan menyusahkan awak, tetapi semua orang, so minta kerjasama semua untuk teliti dalam setiap hal dan buat list untuk memudahkan urusan. "

saling mempermudahkan urusan semua orang.

being a part of the commitee/organization is a part of social responsibility. If you think that you are not born as a leader, think again. kita semua dilahirkan untuk menjadi pemimpin terhadap diri kita sendiri. memimpin diri kita ke arah jalan syurga, seterusnya memimpin orang lain untuk bersama-sama kita di atas jalan syurga tersebut. bukanlah seorang pemimpin yang baik jika dia tidak mampu memimpin dirinya, imannya, ibadahnya, kaum keluarganya, dan orang-orang kesayangannya.

Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya: "Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang di bawah pimpinan kamu; seorang pemerintah adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya; seorang lelaki adalah pemimpin kepada anggota keluarganya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya; seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anak-anaknya dan pimpinannya; dan khadam adalah diamanahkan terhadap harta tuannya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di bawah amanahnya." - [Hadis riwayat Bukhari]

Belajarlah untuk mengenali ciri seorang pemimpin yang hebat, dan belajar juga cara untuk memimpin diri sendiri supaya menjadi lebih baik di masa mendatang.

Thursday, 25 April 2013

sketsa rabu #1

#1

Hujan.. asyik asyik hujan kan?

-bersyukur je lah, kalau panas lagi la kau bising. lagipun bukannya kau basuh baju pun. tido je la.

=.=* motif nak perli aku pemalas basuh baju kah?

#2

-dengar kata hari ni tak ada air kat hostel

tipu lah, tak ada notis pun.

-mana lah tau kalau betul. tadi air macam sikit je.

hah?? *tak tahan nak kencing*

#3

Jom pi kursus kahwin!

- Jom

Jom kahwin!

-nak kena pelempang dengan mak aku?

My Notes (25 April-9Mei)


Since i had lost my daily notebook, (maybe i left it at my hometown) , so i write my notes here,

1. siapkan tutorial organic chemistry by this monday. will be discussed in class
2. siapkan quiz online alkyl halide/alcohol. due date 13/5
3. siapkan poster dinner (adobe photoshop) today. malam ni meeting dinner.
4. ouh, malam ni meeting 'kembara sabah' kelab fizik!
5. siapkan pre-lab chemistry. esok lab ye.
6. edit balik poster mgm. tukar gambar.
7. homework digit by dr. halimah. dont forget.
8. whoa, assignment 2 quantum mechanics! then ada quiz nanti.. be prepared!
9. (3 Mei, Jumaat)- test 2 digit and solid state
    (7 or 8 Mei) - test 2 organic chemistry
    (9 Mei, Khamis) - test 2 wuantum mechanics
10. nak balik rumah 4,5 dan 6 mei!!!
11. hari ini birthday my niece, Tiya!! hepi besday chayang...
12. save the date, pesta buku antarabangsa di pwtc 26april-5mei. baucar buku ada lg rm100 hoi
13. printer dah siap servis, bila mau amik ha?

sincerely,
me.

Cool? cold morning..

morning..

i'm shivering.. urgh, it's too cold and heavy rain outside. mandi sambil menggigil.

This remind me masa zaman sekolah rendah dahulu. ada tiga budak yang bersekolah rendah sama-sama. 'yang paling muda' kena bangun dulu masuk bilik air, dan 'yang paling tua' dan 'yang tengah-tengah' boleh sambung tidur. kalau 'yang muda' tu malas nak bangun, maka kaki 'yang tua' akan menendang-nendang bontot 'yang muda' suruh bangun. pastu 'yang muda' akan buat muka masam tarik tuala pergi bilik air. 'yang tengah-tengah' pula tersengih sorang-sorang dengan mulut berbau.

paling malas sekali bila mandi pagi dengan air yang sejuk tahap menggila. dah macam mandi air perigi walaupun duduk bandar (tipu, aku mana pernah rasa mandi air perigi). dan family aku tak kaya pun nak beli water heater kat shower tu, guna air paip je. sampai nak angkat takbir solat subuh pun aku menggigil atas bawah kesejukan.

and that's happens again to me this morning.
and that's reminds me of umi's voice forcing us to wake up early.
and that's reminds me of watching abi stretching his body every morning.

"Aku merindukanmu, setengah mati merindu-Judika"